Wednesday, January 11, 2012

Ciri-ciri Gadis Muslimah dan Berakhlak Mulia.....

Solat tepat waktu
- Banyak amalan sunat dan bibir basah dengan zikir.
- Butir bicaranya terselit dengan kalimah seperti bismillah, alhamdulillah, insyaALLAH, subhanallah, Allahuakhbar dan lain-lain zikir.
- Tidak mengeluh dengan masalah remeh kehidupan hariannya.
- Bercakap dengan rendah suara.
- Lembut dan halus tingkahlakunya.
- Tuturbicara yang senang didengar tanpa kata lucah atau sumpah seranah.
- Pakaian longgar tanpa mendedahkan bentuk tubuh.
- Rambut, leher dada yang sentiasa ditutup dan dijaga dari pandangan lelaki bukan muhrim dan mereka bukan Islam.
- Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya.
- Pandai mengambil hati orang tua.
- Menghormati dan taat ibubapa.
- Kesayangan keluarga dan tetangga.
- Contoh kepada adik-adik dan mencontohi orang tua.
- Berkuku pendek sentiasa bagi menyempurnakan wudhu.
- Rambut tak diwarnakan.
- Banyak dan murah dengan senyuman.
- Banyak mendengar dari bercakap.
- Senyuman adalah ketawanya.
- Tidak ketawa terbahak-bahak.
- Suaranya tidak lantang dan jarang didengari oleh lelaki bukan muhrim.
- Tidak suka bersiar-siar atau keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelakkan fitnah.
- Menjauhi kumpulan yang sedang mengumpat dan mengeji supaya tidak dikira bersubahat.
- Tidak menghebohkan kedukaan hatinya dan menyembunyikan kesedihannya.
- Menerima dugaan sebagai ujian ALLAH dan kafarah dosanya.
- Sentiasa berdoa baik untuk keluarga, orang lain dan juga untuk orang yang menganiayanya.
- Pandai bergaul dengan semua orang tanpa mengira tahap pendidikan dan taraf.
- Tidak boros dalam berbelanja dan pandai menguruskan kewangannya.
- Berhati-hati dengan apa yang dimakannya dan menjauhi makanan syubhah.
- Sayangkan dan kasihan binatang peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ikan dan lain-lain.
- Suka kepada alam sekitar, suka berkebun dan bunga.
- Menitik-beratkan aurat yang dianggap remeh seperti tumit kaki, kaki, siku dan lengan. Caranya dengan memakai sarung tangan dan sarung kaki.

p/s : Tatapan ini lebih untuk peringatan buat diri sendiri agar sentiasa bermuhasabah , berwaspada dan sentiasa menjadi ke arah lebih baik...;D

Kata Imam Hassan al-Banna: "Asas kebaikan sesuatu bangsa adlh kebaikan keluarga dan kunci kebaikan keluarga adalah kebaikan perempuan kerana perempuan adalah guru dunia...." pendek kata, jika baik wanita itu, maka baiklah negara. Jika rosak wanita itu, maka rosaklah negara...

Ya Allah, Ya tuhanku! Jadikanlah aku bunga idaman para mujahid... bunga idaman agama! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran. Jadikanlah aku wanita solehah, wanita mukminah! Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah,
Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah!’’

amin............

Friday, January 6, 2012


Susahnya Menjadi Wanita..


Kaum hawa selalu mengeluh dan melafazkan susahnya jadi wanita, mereka  mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah dan meletakkan kaum wanita dalam keadaan tertindas.
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.
Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”
Tunggu..!

Perempuan :
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
- “Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”
Perempuan :
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
-“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”
Perempuan :
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
- “Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sesiapa walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
Perempuan :
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”
- “Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan”
Perempuan :
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
- “Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”
Perempuan :
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
- “Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
Perempuan :
“Wanita tak boleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.
- “Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”
Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?
Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.
Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan tegakkan agamamu, nescaya syurga menanti..

Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/susahnya-menjadi-wanita/#ixzz1ii0P2zfQ
Nak Jadi Solehah Pun Kena Jaga Kecantikan Juga

Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.
kita sering melihat ramai akhwat ( akhwat = merujuk kepada wanita muslimah yang mungkin secara penampilannya lebih jelas mengikuti aturan syariat. Contohnya betudung labuh), kurang memberikan perhatian dan mengambil berat tentang penampilan diri. Tampil cantik dan rapi dianggap sebagai sesuatu perkara yang dianggap terlarang. Lantaran kekeliruan yang dialami, mereka tampil dengan tidak sewajarnya  dan menyebabkan orang sekeliling memandang sinis kepada mereka. 
Mereka tidak langsung untuk cuba menghias diri mereka walaupun secara minimum. Yang saya maksudkan secara minimum itu adalah berhias secara tidak berlebihan. Cukuplah seseorang muslimah itu tampil dengan wajah yang segar, normal, tidak berminyak,  tidak layu sayu atau kelihatan murung seperti dilanda kesedihan yang mendalam.
Seseorang muslimah sepatutnya menampilkan wajah yang ceria dan selalu berseri – seri. Wajah yang tenang dan tidak kelihatan seperti berada didalam kesusahan dan kesempitan. Kategori minimum juga termasuk tidak membiarkan tubuh mengeluarkan bau tidak enak, sehingga menggangu orang sekeliling. Tudung juga tidak sepatutnya dibiarkan berkedut seribu, lusuh dan tidak rapi dan dipakai secara berulang – ulang tanpa dibasuh. Jadi macam mana orang lain boleh menerima kita jika penampilan kita comot dan berbau busuk kan? 
Sebenarnya kita hanya keliru. Berhias adalah dibenarkan, tetapi hendaklah tidak sampai kepada hiasan yang tabarruj. Berlebihan dalam berdandan, menampakkan bentuk sanggul, dan bermekap secara berlebihan.
Ramai juga muslimah yang silap faham bahawa memakai minyak wangi adalah dilarang. Memakai wangi-wangian adalah dibolehkan untuk menutup bau badan, tetapi tidak boleh berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian orang di sekitar kita. ( Tapi lain pula untuk yang berada dirumah bersama suami, digalakkan untuk memakai wangian untuk menyenangkan suami) 
Untuk yang sudah bersuami:
  • Muslimah yang taat dan patuh kepada syariat, tidak seharusnya membiarkan dirinya tidak terjaga dan terurus. Suami berhak mendapatkan penampilan terbaik yang mampu mereka zahirkan berdasarkan apa yang mereka miliki. Paras ayu yang menggetarkan kalbu. Mata yang cantik yang tidak akan terusik. Indah dan selalu mempesona pandangan mata suami yang dicintai.

Ketaatan dalam bersyariat bukanlah alasan untuk kita mengabaikan penampilan diri. Islam muncul bukan sebagai pembelengu kecantikan, namun hanya mengawal dan mengatur saatnya bila kecantikkan itu harus ditampilkan dan bila kita harus menyembunyikan kecantikan yang dimiliki. . :)


Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/muslimah-solehah-cantik/#ixzz1ihzXx5lz